Archive

Archive for May 27, 2008

Subsidi dan Minyak

May 27, 2008 asrilamirul 2 comments

Lagi cerita pasal minyak dan subsidi. Mulai jumaat ini, kenderaan warga asing tidak dibenarkan membeli minyak petrol di stesen-stesen minyak yang berada dalam linkungan 30 atau 50 kilometer dari sempadan di utara dan selatan semenanjung. (Baca laporan Utusan Malaysia disini)

 

Aku rasa cadangan ini cukup bagus, sebab tak sepatutnya kerajaan menanggung subsidi minyak bukan warganegara terutamanya golongan-golongan kiasu dan ‘opportunist’ dari Singapura. Walaubagaimanapun aku rasa agak sukar nak jalankan penguatkuasaan undang-undang baru ni. Bak kata mak aku, “Sampai bila kita nak suruh pegawai kerajaan jaga stesen minyak? Takde kerja lain ke?” “Bukan senang nak kawal bisnes orang”. Seperti biasa aku rasa apa yang mak aku kata tu logik dan betul.

 

Subsidi minyak di Malaysia perlu dikaji semula. Sudah begitu lama subsidi ini yang sepatutnya menolong rakyat yang miskin dieksploitasikan oleh golongan yang kaya. Kalu nak kira orang miskin, setakat nak isi minyak motosikal, berapa banyak sangat la petrol yang mereka guna? Orang kaya yang memandu kereta mewah dan kenderaan yang memang mentekedarah minyak sudah semestinya menikmati lebih banyak subsidi. Adakah ini adil?

 

Jadi, kita tanya diri kita… nak tolong orang miskin ke orang kaya?

 

Sepertimana yang aku dah tulis di atas, subsidi minyak perlu dikaji semula. Dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang sukar ini biarlah orang yang rendah pendapatannya menikmati kebajikan yang sepatutnya. Nasib mereka perlu dibela kerana mereka, sebagai golongan majoriti, adalah penentu siapa yang berkuasa di negara ini.

 

p/s: Semalam dalam buletin utama ada seorang MP dari Sabah bagi idea supaya subsidi minyak ditukarkan dengan pemberian elaun yang mana keutamaan diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Aku rasa idea ini agak bagus.