Minyak Naik & Naik Minyak
Minyak Naik
The government recently announced further scrapping of the oil subsidies and the introduction of the new subsidy-rebate system to counter any possible retaliation of the public due to the oil price hike.
Today we have to pay RM2.70 for each liter of petrol. That is 78 cents more than the previous price. Tadi after meeting I went for a fill up. As usual aku isi RM50 and I watched in agony as the fuel meter in my car only naik satu takuk.. Kalau dulu aku boleh dapat about 20 liters plus with that sum now tak dapat la. Terasa macam duit Malaysia ni takde harga.
The sudden surge of fuel price in this country will of course give effect to all things that matters. The introduction of the cash rebate system might act as a consolation for the public but to what extent? Basic needs such as food and shelter will cost more. This will greatly lessen the purchasing power of Malaysians especially those with low income.
Tun Mahathir wrote about this in his ‘millionaire’ blog. As usual his ideas though rare are the best so far I have read or heard with regards to this matter. (Read it here)
Naik Minyak
Terima kasih kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak dan memperkenalkan sistem cash rebate untuk menggantikan subsidi. Anda semua memang sangat bijak kerana berjaya menyelesaikan masalah kenaikkan harga minyak global dengan cara ini.
Pandang dari sudut positif pengurangan subsidi minyak akan dapat menjimatkan perbelanjaan negara. Dikatakan bahawa negara akan dapat surplus lebih 20 billion dengan cara ini yang mana duit tersebut akan digunakan untuk pembangunan Malaysia seperti berikut:-
- merealisasikan projek-projek koridor;
- menjalankan pertandingan Monsoon Cup;
- menambak Middle Rocks supaya boleh menjadi pulau yang lebih besar dari Singapura;
- membeli alatan pertahanan seperti kapal selam sepaya kita boleh menyerang lanun-lanun secara stealth;
- membeli kapal terbang untuk kegunaan pemimpin negara dalam usahanya mencari orang yang bernama Ghazali dan Shafie;
- menampung perbelanjaan pegawai-pegawai kerajaan yang bermesyuarat dan berkursus di luar negara dan di pusat-pusat peranginan tersohor dalam negara;
- menampung projek pengubahsuaian bangunan-bangunan kerajaan dan Istana;
- dan macam-macam lagi projek yang akan menguntungkan rakyat.
Rakyat Malaysia yang kebanykkannya terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana perlulah melakukan pengorbanan dengan menghadapi kenaikkan harga minyak dengan sabar dan tabah. Seperti kata PM, “Jangan berdemonstrasi…”. Rakyat perlu patuh pada nasihat PM itu, supaya kejadian yang tidak diingini seperti dibelasah FRU, disembur air kimia dan gas pemedih mata dapat dielakkan.
Rakyat sepatutnya berterima kasih dengan pengenalan sistem cash rebate. Rebate akan diberi kepada rakyat mengikut cc (isipadu enjin) yang mereka guna. Pemilik kereta dibawah 2000 cc akan diberikan wang RM650 setahun. Manakala pemilik motosikal akan diberi rebate sebanyak RM150. Kerajaan menggunakan sistem cc ini supaya kebanyakkan rakyat Malaysia dapat menikmati rebate tersebut tidak kira kaya atau miskin.
Orang kaya negara ini yang mempunyai banyak kereta, asalkan bawah 2000 cc, sudah semestinya boleh menikmati rebate berlipat kali ganda dari orang miskin yang hanya mampu bermotosikal. Mereka yang berpendapatan rendah mungkin mengatakan yang ini tidak adil. Usahlah begitu, fikir positif. Kerajaan berbuat demikian kerana mengenangkan pepatah ‘besar periuk besar keraknya’. Orang kaya yang perbelanjaannya lebih besar dari yang miskin perlulah dibantu. Ini untuk mengekalkan keharmonian negara. Rakyat yang low income perlulah berkorban untuk mereka yang kaya, kerana tanpa mereka siapalah kita.
Dengan kenaikkan harga minyak, harga barang semua akan naik. Ini adalah pasti. Rakyat perlu juga menghadapi situasi ini dengan tabah dan terbuka. Kerajaan yang sudah banyak berjasa kepada kita haruslah jangan dibiarkan menanggung dan memikul tugas untuk mengawal harga barang. Biarkan mereka menjalankan tugas-tugas yang lebih penting seperti merasmikan restoran nasi kandar di luar negara dan sebagainya.
Dalam masa yang sama rakyat janganlah merungut berkenaan dengan perintah ‘flip flop’ kerajaan yang pada mulanya mengharamkan kenderaan warga negara asing mengisi minyak dan kemudian membenarkan pembelian pada harga yang at par dengan rakyat Malaysia. Kita perlulah bermurah hati kepada jiran-jiran kita. Apalah salahnya jika kita menanggung sedikit perbelanjaan mereka di negara ini dalam usaha memantapkan industri pelancongan negara.
Ramai orang yang merungut kerana harga minyak dinaikkan secara tiba-tiba, sedangkan kenaikkan dijangka berlaku pada bulan 8 seperti komen seorang menteri. Pengumuman yang secara tiba-tiba itu hanya lah satu usaha kerajaan untuk memberi ‘surprise’ kepada rakyatnya ala surprise party yang mengejut tetapi menyeronokkan.
Terima kasih kerajaan…
WTF? Minyak naik? Naik minyak la…




SocialVibe