Archive

Archive for October, 2008

The Divine Suit

October 21, 2008 asrilamirul 5 comments

At one point in history, the west marveled the world in matters of science. This is called the empiricism era, where everything shall be proven empirically and scientifically. Those that cannot be proven in reality are set aside, including religion and the human faith in the Supreme Being. Demarcation of religion and reality caused secularism as we know it.

Mankind despite being secular, there is a deep longing in their hearts to be in touch with, to be protected by the divine. This usually arises when they are faced with problems and challenges which they themselves feel that they are unable to cope or understand. Even the most defiant will utter “God help me” when the time comes.

I came across this interesting news report from the BBC News website. It is about a legal suit posed against God. From the report I cannot make out whether the plaintiff in the case is suing God based on His doing or omission. Whatever the cause of action would be, it seems that after hundreds of years in secularism, man again tries to get in touch with the divine albeit in a truly awkward manner.

________________________________________________________________________

as reported in BBC News (click the link on the title to read the original article)

Legal case against God dismissed

The suit was launched by Nebraska state senator Ernie Chambers, who said he might appeal against the ruling.

He sought a permanent injunction to prevent the “death, destruction and terrorisation” caused by God.

Judge Marlon Polk said in his ruling that a plaintiff must have access to the defendant for a case to proceed.

 

“Given that this court finds that there can never be service effectuated on the named defendant this action will be dismissed with prejudice,” Judge Polk wrote in his ruling.

Mr Chambers cannot refile the suit but may appeal.

 

Mr Chambers sued God last year. He said God had threatened him and the people of Nebraska and had inflicted “widespread death, destruction and terrorisation of millions upon millions of the Earth’s inhabitants”.

 

He said he would carefully consider Judge Polk’s ruling before deciding whether to appeal.

The court, Mr Chambers said, had acknowledged the existence of God and “a consequence of that acknowledgement is a recognition of God’s omniscience”.

 

“Since God knows everything,” he reasoned, “God has notice of this lawsuit.”

Mr Chambers, a state senator for 38 years, said he filed the suit to make the point that “anyone can sue anyone else, even God”.

Salam Aidilfitri

October 9, 2008 asrilamirul 1 comment

Sekali lagi saya tidak mengemaskini blog ini dalam satu sela masa yang agak lama. Mungkin kerana sibuk dan mungkin juga kerana tiada ilham yang diberikan oleh Allah pada hati kecil ini lantas mengalami kurang minat dan kesukaran untuk menzahirkan pendapat melalui tulisan. Astagfirullah, bantulah hamba mu ini wahai tuhan.

 

Terima kasih kepada Saudara Aidilfitri kerana memberikan komen dalam post saya yang terdahulu, Salam Ramadhan. Saya tertarik kepada cadangan saudara yang menganjurkan kita semua untuk meneliti ayat 185 surah Al Baqarah (2:185). Insyallah saya ulaskan cadangan tersebut supaya dapat dikongsi bersama.

 

Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan

bukti-bukti mengenai petunjuk itu dan pembeda.

[Al-Baqarah (2) 185]

 

Penjelasan maksud ayat 2:185 berkait rapat dengan amanat yang telah diberikan oleh Rasullah dalam khutbah terakhirnya, yakni:

 

Aku tinggalkan kepada kamu (umat islam) dua perkara, yang sekiranya diikuti kamu tidak akan sesat selama-lamanya, itulah Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah ku.

[Khutbah Terakhir Muhammad Rasulullah SAW]

 

Ayat tersebut menerangkan tentang apakah Al-Quran itu sebenarnya. Ayat itu sendiri jelas menunjukkan yang Al-Quran itu didefinasikan sebagai tiga perkara yang berkait, iaitu petunjuk (hudan), bukti-bukti yang menjelaskan petunjuk (baiyinat) dan pembeda (furqan). Dengan kata lain Al-Quran itu bertindak sebagai petunjuk bagi pembacanya di mana petunjuk-petunjuk itu dapat dibuktikan dan lantas pembaca akan dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

 

Persoalannya bagaimana untuk membaca kitabullah sepertimana yang dikehendaki dan dituntut supaya kekal berada dijalan yang benar? Adakah cukup sekadar dengan melagukan ayat-ayat suci tanpa difahami isinya, maksudnya?

 

Sejak kecil saya dididik untuk membaca Al-Quran. Masih saya ingat ustaz yang mengajar saya waktu itu namanya Ustaz Subuh, seorang kenalan rapat arwah ayah saya. Ustaz adalah seorang guru yang baik yang tidak lelah mengajar anak muridnya. Kadangkala hairan bagaimana beliau boleh bersabar dengan sikap saya ketika itu yang agak rebel, yang membaca ikut suka hati saya, hentam keromo tanpa menghiraukan hukum-hukum tajwid.

 

Namum apabila meningkat dewasa saya mula mempersoalkan, mengapakah kita tidak diajar tafsir (makna) ayat-ayat suci itu? Pada saya, apa yang telah saya pelajari selama ini adalah semata-mata superfisial. Saya mampu membaca Al-Quran dalam bahasa asalnya dengan baik namun tiada penghayatan dan jiwa saya kosong.

 

Sepertimana dalam ayat diatas, Al-Quran itu sepatutnya apabila dibaca dapat menggetarkan hati seorang manusia dengan petunjuk dan bukti kebenarannya. Teringat pula kisah Saidina Umar yang pertama kali mendengar ayat Allah, pada mulanya hendak dipancung kepala pembaca yang juga saudaranya sendiri, namun setelah dihayati ayat itu hancur luluhlah jiwa dan perasaan beliau disambar cahaya kebenaran. Pernahkah kita merasa sedemikian sepanjang hayat kita? Mungkin ada, mungkin tidak.

 

Mungkin kerana kejahilan saya dalam bahasa arab menyebabkan saya tidak pernah berpeluang untuk merasakan keadaan sepertimana yang dialami Saidina Umar. Rugi amat rasanya.

 

Kerugian tersebut bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri namun seluruh umat Islam. Saya berani katakan sekarang umat islam tidak lagi mengikut petunjuk yang diberikan oleh Allah secara keseluruhan sedangkan kita dituntut sedemikian, sepertimana dalam firman Allah yang berikut:-

 

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

[Al-Baqarah (2) 208]

 

Tuntutan untuk masuk islam secara kaffah (keseluruhan) hanya boleh tercapai apabila kita menurut patuh amanat yang ditinggalkan oleh Rasulullah iaitu dengan berpegang teguh pada Al-Quran dan sunnah. Dalam konteks berpegang teguh pada Al-Quran hendaklah kita sama-sama memahami isinya dengan jelas sehingga bacaan yang dilakukan dapat memisahkan hak dan batil dalam hati kita. Jadilah mereka yang menggunakan pendengaran untuk membaca petunjuk, jadilah mereka yang menggunakan penglihatan untuk  mencari bukti kebenaran, jadilah mereka yang menggunakan hati untuk furqan (pembeda).

 

Ketidakfasihan dalam bahasa arab bukanlah satu penghalang untuk memahami Al-Quran. Kini terdapat banyak kitab tafsir dan juga guru-guru yang boleh membantu. Mungkin setelah ditafsir hilanglah lenggok bahasa dewata yang mengagumkan, namun percayalah bahawa mesej petunjuk tetap terpelihara dan dapat difahami, insyallah.

 

Wallahualam. Selamat Hari Raya Aidilfitri.